~Jom turun berat badan cara jimat, selamat & mudah!~

Saturday, January 10, 2009

>>Monolog seorang anak, ibu dan isteri<<

Ermm..aku x tau apa nak cerita..perasaan ini terus bercampur baur selepas aku membaca satu blog kisah ZULAIKHA yg membuat kan aku berfikir tanpa henti..aku tiba2 diam & berfikir.."apa akan terjadi pada aku lak klu bnda mcm ni jd kat aku"..Ya Allah aku x leh nk gambarkan perasaan aku..betapa Allah itu maha Esa..maha Adil..setiap apa yg berlaku telah tersurat..tp bolehkan aku menjadi sekebal mungkin..mjadikan aku kuat jika sesuatu terjadi pada keluarga aku terutama suami & anak2 aku..aku ingat lagi, ketika menonton OPRAH, ms tu kisah ttg seorg isteri & ibu yg kehilangan suami & anak serentak disbbkan tragedi kapal terbang terhempas..hermmm..betapa psaan aku bercampur baur..sampai sebulan aku masih mengingati kisah tu..btapa si ibu itu kuat menghadapi peristiwa tu seorang dirinyaaa..boleh kah aku menjadi sekuat itu???..

Kadang2 bila suami & anak2 aku dh tido..aku renung nereka & kepala ni terus berfikir.."apa akan jadi kat mama kalau papa xde..apa akan jadi kalau aiman & airel xde..dan apa akan jadi pd mereka jika aku tiada" hermmm ni yg aku malas nk fikir bnda2 mcm ni..air mata ni start le menitis..mkn berminggu le diri ini memujuk jiwa yg gundah ni..mmg mudah memberi semangat pada org yg berhadapan peristiwa yg menyedihkan..tp, kita x tahu bgmana org itu menghadapinya..& bgmana pula aku akan menghadapinya jika terjadi pada diri aku..

Aku pernah rasa kehilangan..pmergian ayah tercinta ketika umurku baru 5 thn..ketika aku masih tidak tahu apa yg terjadi..dan baru2 ini aku pulang ke kg halaman di LABUAN..aku melawat kubur ayahku..air mata ini tidak berhenti mengalir..wpun pemergiannye ketika aku msih tidak tahu apa itu kehidupan..tp, jiwa ini sungguh sedih & hiba terasa dia baru shj pergi semalam..

Dan baru2 ini ketika anak ku aiman jatuh terhentak ke bucu longkang & dahinya terbelah..dgn darah mengalir x henti2..wajahnya pucat, lemah..aku rs dunia ini berputar laju..aku kuatkn diriku untuk memapahnya sambil air mata & ucapan semangat buatnya x henti2.."sabar aiman..tahan sakit yer.."..terasa diriku ms tu tsgt lemah dan mula menyalahkan diri akibat perkara yg terjadi..ketika dia dijahit, saat dia meronta kesakitan "mama sakit..mama sakit", air mata ku x henti2 mengalir..dan bila dia kembali tenang dan berkata "mama nak dukung", jiwa ku kembali kosong dan kesedihan itu terus pergi sepantas kilat..aku kembali tersenyum..itulah kuasa Allah..SEKALI dugaan diberikan, SEJUTA rahmat dikurniakanNYA..

Ya Allah..semua ini dugaan dari mu..apa yang terjadi pada diriku dan juga pd yg lain adalah rahmat dr MU..akan ku terima dugaan Mu akan dtg dgn Redha & tawakal..Ampuni dosa2 ku..Semoga Kau rahmati perjalanan hidup suami, anak2 & diri ku serta keluarga ku..amin..

1 comments:

A.I said...

AMINnnnnnn...