~Jom turun berat badan cara jimat, selamat & mudah!~

Tuesday, March 31, 2009

>>Big Hug to Suhidaaaaa..T.Q<<

Thanks to SUHIDA sbb sudi bagi advise utk aku pilih cat yang sesuai dgn umah aku..Suhida ni Interior Designer..

:: Untuk Kau, Herda ::

Kali ni nak cerita pasal cat kaler untuk ruang tamu. Aku takdela pandai sangat.. hehehe.. Neway, aku cuba gak jawab soalan ko eh, Herda.
"su, aku nk tnye..aku nk cat umah ni..wrna ape yg sesuai utk ruang tamu..aku suka wrna natural..mcm coklat..ok ke?"
Aku cuma leh bagi pandangan aku je, ada beberapa perkara nak kena tengok dulu. Pada aku, pilihan warna adalah subjektif sebenarnye. Ada orang suka kaler hijau, ada orang suka kaler biru, ada orang suka kaler purple dan macam2 kaler lah. Aku pun sebenarnya suka colour coklat. Ngee... Apa-apa kaler pun, kite kena pandai mix and match tone colour tersbut. Ada tone kaler gelap, ada sederhana pekat dan ada yang cair. Sebab tone tu salah satu perkara yg mempengaruhi ruang.
Kalau ruang tu kecik, eloklah kite cat tone yang cerah supaya ruang tu nampak besar. Bila ruang sempit, dicat dengan colour gelap akan menampakkan ruang tu jadi lagi sempit. Tapi, katalah kalau ruang tu sempit dan panjang dan kita nak bagi nampak menarik, jadikan satu dinding tu sbagai feature wall. Selalunya dinding yang lebih pendek. Sama gak, kalau ceiling rendah, eloklah cat pakai ton cerah untuk menampakkan ketinggian rumah. Kalau ceiling tinggi, catlah colour tone apa pun ko nak. Tapi, kalau cat gelap/sederhana gelap, nampak lah dramatik sikit.Gambar ni contoh feature wall. Tapi wall tu dicat dengan tone yang cerah. Dan dinding yang sebelah tingkap tu dicat dengan kaler coklat jugak, tapi tone yang lebih gelap sikit. Apa yang aku nampak dari gambar ni, ruang ni nampak sempit. Betul tak. Cuma bila ada glass wall kat sebelah kanan tu, baru nampak macam luas sikit. So, kalau kau nak apply cat macam tulah caranya. Bukan semua dinding dicat dgn colour yang sama. Pakai dua tone dari colour yang sama. Pastu, pilih satu dinding yang pendek sebagai feature wall dan selebihnya cat dengan tone yang cerah atau yang sebaliknya bergantung pada keluasan ruang yang kau ada. Feature wall tu boleh dihias samada kau nak taruk frame gambar ke, atau cermin besar ke atau pun painting atau apa-apa ikut kreativiti kau.
Pastu, aku ada jumpa satu website ni yang kite leh cuba matchkan colour pe untuk ruang rumah kite. Tapi, aku tak sempat nak cuba. Klik link ni https://www.dulux.co.uk/projects/index.jsp
Cubalah explore eh, pastu paste kat blog..hehehe..Kalau bolehlah.
Kat bawah2 ni semua gambar yang aku ada/dapat dari internet, untuk kau nak wat reference. Aku cuma boleh bagi advice sikit-sikit je, memandangkan aku pun tak tau rumah ko camne rupanya. Good luck.

* Aku pinjam gambar2 ni ye..wat yang bekenaan.

~ s u h i d a ~

4 comments:

nasz said...

wah, her nk cat umah...

*HeRdA* said...

nas>> plan je nas..

Rafizah Nordin said...

umah sape ni her...cantik gilos!xsabo aku tunggu n3 ni kua...tak tau pasal komp aku yg lembap atau page ko yg berat beno, adush!

*HeRdA* said...

k.za>> umah aku tu...hahaha..dlm mimpi..kahhhh..umah org kak..bertuah umah aku mcm ni..hehe..sample je tu..