~Jom turun berat badan cara jimat, selamat & mudah!~

Monday, August 10, 2009

>>Ya Allah..aku meminta perlindungan dari-Mu Ya Allah..<<



p/s:..aku tgh ngantuk x larat nak komen sbb pekena ubat..

KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's Health Ministry says six more people diagnosed with swine flu have died, raising the country's death toll related to the virus to 32.

Government officials have warned that unessential public gatherings might need to be scrapped to curb the risk of further infections as the country's total fatalities from swine flu have quadrupled over the past week.

The Health Ministry reported Monday that six more patients have died at various hospitals in recent days. Malaysia has confirmed 1,983 swine flu cases since May.

http://malaysia.news.yahoo.com/ap/20090809/tap-as-malaysia-swine-flu-b3c65ae.html

*****************************

Pada 10 Ogos 2009 sejumlah 203 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 10 Ogos 2009 adalah sebanyak 1983 kes dengan jumlah kematian 32 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di ICU. Daripada 15 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 6 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (3), obesiti (1), post -delivery (1) dan bayi (1).

Untuk makluman, 6 kematian yang dimaksudkan hanya satu (1) kematian yang berlaku pada 9 Ogos 2009, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos 2009, dilaporkan pada 9 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut 5 Ogos (2), 8 Ogos (3) dan 9 Ogos(1).

Merujuk kepada situasi global, sehingga 10 Ogos 2009, sejumlah 208,155 kes dengan 1,688 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 1066 kes dengan 100 kematian berbanding dengan hari
sebelumnya.

Saya ingin meminta orang ramai supaya sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil langkah-langkah berikut

  1. Bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) (Lampiran 1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

  2. Bagi mereka yang mempunyai simptom yang ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di rumah dan membatas pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

  3. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.

  4. Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

  5. Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung pada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.

  6. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja..

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 10 Ogos 2009

***************************

Aku sekarang tgh sakit dada..semput..tapi aku x demam..aku risau...sejak kebelkangan ni aku rasa letih..bernafas pun mcm tersekat2..aku kene mkn ubat asthma..tapi aku dh lama tak kene..skrg aku kene mkn ubat lak baru aku rs ok sikit..aku baru start niaga hari ni setelah 5 hari x niaga..sbnrnye aku takut..sbb kes H1N1 ni le..skrg aku tgh rungsing sangat..perlu ke aku stop niaga buat sementara atau aku teruskn gak..& pakai mask masa niaga..please advise aku..aku sgt risau..

"Ya Allah..lindungi aku dan keluargaku dan seluruh umatmu Ya Allah..sesungguhnya yang baik itu datang dari-Mu..peliharalah kami..Ampuni segala dosa kami..Aku memohon pada-Mu Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Pelindung..Maha Mengasihani..Maha Mengubati.."


9 comments:

nurshah80 said...

sama2 la kita berdoa tuk yg terbaik... yg penting kita tahu apa yg patut apa yg tak patut. jaga kesihatan yer...

MUMMY ILA said...

moga kita semua dilindungi dan dijauhkan dr wabak berkenaan. Aku pun ahad ni nak wat bashday party kat luar. risau gak dgn tetamu.. so, aku sarankan dowang pakai mask utk keselamatan

shah-ila-ain said...

her...ko dah check up ke...harap ko sekeluarga doalah banyak2 erkk minta dijauhkan..kalau ko rase tak larat nak buat biz tu stop lah dulu..ko pun tak sehat kan...sehatkan badan tu dulu...insyaAllah ade rezki nnt sambng balik lah...ok..aku doakan ko sekeluarga dijauhkan dari virus tuhh...amin...

fazilzura said...

BEb .. ko pun demam selsema k e..
aduyaii .. banyak kan rest .. air masak kene minum banyakkkk2... kan buah oren & epel ijau tau

ai said...

Mmg skang ni musim tau. Skali campur ngan jerebu tu. Tu yg kadang sesak napas. Aku smalam pon rasa cam dada terbakar! aku ni mmg demam..riso gak ni.. :(

MIntak kita sume dijauhkan...

*MaMa HeRdA* said...

mekasih sume..tu laaa..tanda-tanda akhir zaman ni..sama2 kita berdoa ye..

el said...

aku pun selsema gak ni
telan obat jer lah
riso aku...
alhamdulilah anak2 pun baru sembuh dr selsema ngan batuk...
anak2 lah paling aku riso

ko her..take care ok
jg kesihatan..kalo x sihat tu
stop la dulu niaga tu...
oraittttt

Bibu said...

tul tu sesame kite berdoa..lagi yang ade asma tu cam ko..tambah lak musim demam batuk sume nih..perlu sgt amik suplement tuk kuatkan imun bdn..Her,ko try le minum susu kambing powder bagus tuk imun sistem dan minum jus kurma dan madu tu bagus tuk lancar pernafasan.

MuMMy 2 Haqq said...

aduh..takutnya..