~Jom turun berat badan cara jimat, selamat & mudah!~

Friday, August 7, 2009

~Nak Kongsi Buku...~


Buku ni aku dah lama beli..Buku MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA (Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)..penulis ni popular dgn buku "Jangan Bersedih"..hobi aku suka membaca..novel2 aku kureng sikit..tapi aku suka baca buku yg ade motivation..kisah2 benar..sekarang ni la buku favret aku..aku baca buku ni..mmg emotional..walaupun buku ni buku motivasi tapi kandungan isi nyee sgt dalam dan berilmu..buku ni khas utk Wanita..mmg sesuwei le..aku advise beli le buku ni..murah je RM16.50..kat KL, try cari kat kedai buku di Jalan TAR..kt tempat2 lain..maybe ade kat popular..MPH..online pun ade x silap buku ni dijual..buku ni ade 300+ muka surat..x rugi baca..berunsur keIslaman..boleh gak dijadikan sbg Gift kat kawan2 ke..

Ok ni salah satu petikan yang aku leh kongsi dari buku ni..

Pintu Rezeki Terbuka Dengan Banyak Beristigfar...

Kisah seorang isteri yang hampir putus asa kerana kematian suami dan meninggalkan beban tanggungjawab yang berat..katanya;

"Ketika suamiku baru meninggal dunia, aku sudah mencecah umur tigapuluh tahun. Dari suamiku itu, aku dikurnia lima orang anak. Selepas itu duniaku gelap, aku tergamam dan tidak tahu apa hendak di buat selain menangis tak henti-hentinya hingga kering airmataku..dari seorang surirumah sepenuh masa yang bersandar penuh kepada suami. Kini aku menjadi seorang janda berputus asa. Aku sentiasa hidup dalam kesedihan dan kegundahan dalam hidup. Anak-anakku masih kecil dan kami sama sekali tidak mempunyai pendapatan yang memadai untuk meyara hidup. Jalan yang aku tempuh adalah menjual sedikit-sedikit peninggalan yang di wariskan oleh suamiku. Pada suatu hari aku masuk kedalam bilik untuk mendengar Al-quran dari radio. Menerusi siaran radio itu aku mendengar seorang tuan guru berkata; "SESIAPA YANG MEMBANYAKKAN ISTIGFAR, MAKA ALLAH SWT AKAN MENJADIKAN BAGINYA JALAN KESENANGAN DARI SETIAP KESEDIHAN DAN JALAN KELUAR DARI KEGELISAHAN". Selepas itu aku memperbanyakkan istigfar, demikian juga anak-anak. Sungguh mengejutkan tidak sampai enam bulan kami mendpt tawaran untuk barang kami miliki dengan keuntungan wang berjuta-juta. Bukan itu sahaja, anakku terpilih pelajar terbaik dan berjaya menghafaz Quran dengan sempurna. Tiada lagi kesedihan, kebingungan dan kegelisahan. Sejak itu aku merasa telah menjadi wanita paling bahagia di dunia."

Pedoman Hidup:-

"Menyerahkan hidup kepada rangkulan keputusasaan akan membawamu kepada kehampaan dan semkain jauh dari kebahagiaan. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat (kasih sayang) Allah melinkan orang-orang kafir."

Petikan dari Buku MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA (Dr Aidh Abdullah Al-Qarni) - M/s 80 & 81.

5 comments:

fazilzura said...

aku rs cm amat2 beguna buku itu pada haku

*MaMa HeRdA* said...

beli le zura x rugi beli buku..

el said...

aku pun suke bc buku cam tu...
kdg2 email pun ada cam tu gak..aku sllu bc...yelah suh aku ni beringat

aku x tau la ape akan jd kat aku kalolah aku akan alami sprt pompuan tu..huhuhu

nasz said...

kag2 kita kena ade sesuatu yg blh meningkatkan motivasi diri. walau apa pon keja kita, perlu kan motivasi...

shah-ila-ain said...

her...samelah aku pun suke bace buku yg gini....cumenyerr buku yg mcm engkau punye tu belum penah bace..selalu p library jerr...